Sunday 26 February 2017

PENGALAMAN MENJAGA ANAK EKZEMA PART 2


Hi salam semua sahabat positif saya. Mudah-mudahan kita semua berada dalam keadaan yang sihat dan dalam perlindungan Tuhan. Kalau belum telan supplement cepat-cepat telan sekarang. Eh jangan lupa supplement untuk anak-anak juga tau. Merekalah anugerah terindah untuk kita.

Ok, hari ni saya mahu sambung cerita pengalaman menjaga anak ekzema part 2. Hah kali ni saya mau kongsikan bagaimana menjaga anak ekzema seperti yang disarankan oleh doktor. Sepanjang cuti rehat 5 hari, saya berusaha bersungguh-sungguh untuk redahkan kulit anak saya tu. Biar penat saya tetap gagahi juga demi anak saya tu. 

Apa yang saya mahu peringatkan disini kita sebagai ibu bapa kena cepat-cepat bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan. Jangan terlebih pandai pula tau nanti yang sengsara anak sendiri. Perubatan doktor ni jangan dilupakan sebab mereka kan doktor hehe. Selepas jumpa doktor, ikut arahan doktor selepas sembuh barulah kita ikthiarkan untuk yang lainkan.

Cara-cara menjaga anak ekzema :

1. Sapu lotion Bvc(steroid) tapi pastikan arahan dari doktor tau jangan suka-suka sapu, dan sapu nipis sahaja di bahagian merah sahaja. 1 hari 2 kali sahaja.

2. Selepas Bvc barulah sapu dengan lotion pelembab yang disarankan doktor juga. Yang ni boleh sapu tebal-tebal diseluruh badan anak tu. Sapu kerap kali pun boleh supaya kulit anak tu tidak kering, kalau kering akan gatal dan lambat baik. Jadi sapu setiap kali nampak kulit mula kering.

3. Sabun mandian pakai sabun yang extra pelembab, jangan pakai sabun yang mengandungi alcohol seperti Parfum / frangrance. Boleh cari di mana-mana farmasi yang berdekatan anda.

4. Kena pantau juga alahan anak ya. 

Ikut sahaja langkah-langkah diatas. Ibu bapa kena rajin sapu lotion pelembab tu, sampailah badan anak tu baik. Saya kongsikan foto anak saya yang semakin teruk sebelum berjumpa doktor yang ke 3. 



Ekzema seluruh badan
Ekzema sampai ke muka

Ekzema seluruh badan



Kurang merah dan semakin sembuh 


Kurang merah dan semakin sembuh


Sabun yang saya beli di farmasi khas untuk kulit sensitif

Lotion pelembab dan BVC yang saya gunakan sepanjang rawatan kulit anak saya
Sihat sempurna sudah kulit anak saya selepas 2 minggu 

Sampai berjumpa lagi di entri akan datang.




Thursday 23 February 2017

PENGALAMAN MENJAGA ANAK EKZEMA PART 1

Hai, salam semua rakan-rakan. Semoga anda sihat hari ini. Sudah ambil supplement harian belum??kalau belum cepat-cepat ambil untuk maintenance dalaman dan luaran badan kita . eh jangan pentingkan diri sendiri tau, kena upgrade kesihatan anak-anak syurga kita juga.

Pengalaman pertama ini sangat mencabar. Saya terpaksa mengambil cuti rehat 5 hari untuk memantau keadaan anak syurga ini. Pada mulanya saya sangat panic melihat keadaan kulit anak saya yang berbiji-biji seperti berair, dan yang lagi memilukan apabila anak saya ni menangis setiap malam sambil menggaru seluruh badan dia. Saya pun letak bedak dan baby oil untuk meredakan gatal tersebut. Setiap malam tidur dia tidak lena mungkin kerana badannya yang gatal.

Anak bongsu saya baru berumur 1 tahun 8 bulan. Pada mulanya saya tidak menyedari bahawa itu adalah ekzema sebab doktor pertama yang saya jumpa cakap itu jangkitan kutu hama. Doktor pun bagilah antibiotik. Punyalah saya risau, saya ikut nasihat doktor tu, rendam semua pakaian anak saya tu, kain cadar selimut, sarung bantal semua saya rendam dengan air panas setiap hari.

Memang sangat mencabar namun saya gagahi juga demi anak tercinta. Seminggu berlalu keadaan anak saya bertambah teruk. Saya pun terus bawa sekali lagi untuk berjumpa dengan doktor. Jumpa doktor kedua kali pun sama, doktor tu pun cakap jangkitan kutu hama. Sampailah kali ketiga barulah doktor ketiga ni cakap ekzema. Terkejut juga saya sebab anak sebelum ni tidak pernah mengalami masalah ekzema. Dan saya terus mengambil cuti rehat selama 5 hari  demi menjaga anak kecil saya ini. Saya anggap semua ni ujian tuhan. Saya pun redah dan terus ikut nasihat doktor tu.

Inilah pengalaman pertama saya menjaga anak ekzema. Saya kongsikan keadaan seluruh badan anak saya ini ya. Ini foto saya ambil semasa keadaan ekzema dia yang baru bermula. Tapi jangan gunakan foto ini untuk kegunaan peribadi pula.







Rakan - rakan sekalian saya sambung lagi cerita pasal ekzema ni esok ya. stay tuned!

                                                                                                                                                                         



                            

Tuesday 21 February 2017

PENGEDAR SHAKLEE PENAMPANG, KUDAT, KENINGAU

Hai, salam semua. Bertemu lagi kita hari ini dengan izin tuhan, dan saya berharap anda semua dalam keadaan yang sihat, ceria, cergas dan cerdas. No Stress!!!!

Sebelum itu saya mahu bertanya,jika anda sudah mengambil supplement harian anda atau belum?kalau belum cepat-cepatlah telan yer. Lagi sihat lagi ceria gitu.

Sebenarnya saya cuma mahu maklumkan, bahawa saya adalah pengedar shaklee penampang, kudat dan keningau. Jadi kalu kamu berada dikawasan tersebut jangan segan hubungi saya ya. Saya boleh buat penghantaran secara terus kepada anda atau saya boleh juga pos ke tempat anda. Jadi anda tidak perlu risau pasal jarak ok. 

Agen Shaklee Penampang, Agen Shaklee Kudat, Agen Shaklee Keningau
Jangan malu untuk hubungi saya jika anda ingin membeli Shaklee...

Untuk pengetahuan saudara sekalian, saya berani mengatakan bahawa produk shaklee ini berkesan malah selamat digunakan kerana sebelum produk shaklee sampai ke tangan kita sebenarnya produk ini terlebih dahulu sudah dikaji secara profesional. Dan produk shaklee juga satu satunya yang menjalani kajian Landmark study. Inilah alasan kukuh saya kenapa saya sanggup menukar jenama yang saya guna..

Oklah, cukup setakat sini dulu nanti saya kongsikan cerita seterunya. Sehingga bertemu di next entry

Saya adalah pengedar dan agen Shaklee Penampang, Kudat, Keningau, Kota Kinabalu Sabah, seluruh Sarawak serta seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya melalui :

Facebook : Lydia Sylvester Bungkak
Instagram : mamy_lyds
No. tel : 012 839 0559
Email : lydiasyl13@gmail.com
Blog : http://ibuanak6.blogspot.my/

SIAPA DIRI SAYA

Hai semua, salam perkenalan dari saya. Saya pemilik blog ibuanak6. Nama saya Lydia Bungkak, berasal dari Penampang, Sabah. Umur 34 tahun dan sudah berkahwin dengan memiliki 6 orang cahaya mata yang ceria & cergas. Saya juga berkerja sebagai penjawat awam dan suami saya juga bekerja sebagai penjawat awam.

Saya mempunyai 5 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Anak sulung berumur 12 tahun, kedua berumur 9 tahun, ketiga berumur 8 tahun, keempat berumur 6 tahun, kelima berumur 5 tahun dan yang bongsu berumur 1 tahun lebih. 

Cabaran sebagai ibu 6 anak ini memang besar tapi saya juga berasa seronok dalam membesarkan mereka. Setiap seorang daripada mereka mempunyai bakat dan minat masing-masing. Mereka jugalah tempat saya menghilangkan rasa tekanan dari dunia sekeliling  saya ini. Saya jadikan mereka sebagai sahabat saya di masa suka dan  duka.



Tujuan saya hasilkan blog ini adalah kerana saya inign berkongsi tips, cerita atau maklumat yang saya rasa patut dikongsikan. Salah satunya adalah tentang penjagaan anak ekzema dan penjagaan anak sepanjang berada di hospital mengikut pengalaman saya sendiri.

Ketika anak saya ekzema, saya mencari krim yang sesuai untuk anak saya. Saya mencari krim yang tiada pewangi dan saya menjumpai krim Herbal Blend Shaklee. Dan dalam masa yang sama kawan saya iaitu Puan Ereena yang juga merupakan Pengedar Shaklee yang aktif memberi saya Alfalfa kerana saya mengalami masalah alergik yang teruk di tangan hingga bahagian ketiak saya sakit

Hari pertama menggunakan Alfalfa alergik di tangan saya kering dan ketiak makin kurang sakit. Dan apa yang saya perasan juga, masalah keputihan saya semakin kurang. Dan saya juga mendapat tahu tentang kewujudan Landmark study, kajian yang dijalankan bagi mengesahkan keberkesanan penggunaan produk Shaklee dalam jangka masa panjang. Dan kerana itu juga saya terus sign up menjadi ahli Shaklee.

Dengan izin tuhan, saya harapkan perkongsian saya diblog ini akan membantu ibu-ibu yang mengalami masalah seperti saya juga dan selamat membaca.